7 TIPS PEMASARAN KEDAI RUNCIT KECIL-KECILAN

Hampir setiap kawasan perumahan mesti ada sekurang-kurangnya satu kedai runcit yang menyediakan barang harian samada makanan ringan, minuman, barang dapur malah ada juga menyediakan barang segar seperti sayur, buah-buahan dan ayam. Ada kedai runcit moden yang menggukan teknologi terkini dan ada juga yang guna cara tradisional. Walau bagaimanapun anda menguruskan perniagaan anda, pemasaran yang betul dapat mengembangkan perniagaan lebih jauh dan hebat.  Artikel ini akan menkongsikan beberapa tips bagaimana ingin mengembangkan perniagaan kedai runcit anda.

Promosi Mingguan
Setia minggu, lakukan promosi barang murah pada produk-produk tertentu. Jangan buat semua barang. Ini bagi menarik minat penduduk setempat datang ke kedai anda bagi membeli satu barang dan akhirnya akan terpengaruh membeli lebih banyak. Tetapkan satu minggu itu anda ingin murahkan produk-produk tertentu bagi memastikan orang setempak ber duyun-duyun membeli pri=oduk itu. Jangan risau keuntungan kerana menjual lebih banyak kadang-kadang lebih baik daripada menjual satu produk pada harga yang tinggi.

Iklan Buletin Tempatan
Setiap kawasan selalunya akan ada buletin tempatan seperti buletin surau. Gunakan manfaat ini bagi mengiklan produk-produk anda. Sumbangkan sedikit wang kepada surau seperti membayar pencetakan atau pengedar buletin tersebut dengan syarat iklan anda akan ada di buletin tersebut. Jangan iklankan tentang kedai anda kerana penduduk setempat telah tahu tentang kedai anda, iklankan produk anda yang baru sampai atau promosi untuk menarik minat penduduk setempat datang beli barang di kedai anda. 


Hamper Pertandingan
Jika kedai runcit anda boleh buat hamper adalah satu kelebihan. Apabila ada orang ingin menempah hamper, tawarkan dia diskaun khas dengan syarat iklan kedai runcit anda dan di umumkan penajaan kedai anda pada pertandingan tersebut. Ini adalah bukan untuk mendapat jualan semata-mata tetapi lebih kepada pengukuhan jenama kedai runcit anda sebagai sebuah syarikat yang menyokong komuniti tempatan. Apabila ini berlakku, komuniti setempat akan rasa terhutang budi dan mahu terus bersama kedai anda banding syarikat runcit gergasi di luar sana. 

Baucer diskaun di internet
Baucer diskaun di buletin mungkin akan menarik penduduk setempat tetapi jika anda kongsikan baucer ini di sosial media, lebih ramai akan berminat untuk datang ke kedai anda. Mungkin orang itu tidak sejauh negeri lain tetapi jika dapat bandar sebelah seperti buka kedai di Saujana Utama, mungkin penduduk dari Puncak Alam akan datang bagi membeli barang runcit di kedai anda dengan baucer diskaun itu. 

Kerjasama bersama blogger tempatan
Sentiasa bekerjasama dengan blogger tempatan bagi mengadakan pertandingan dan penulisan agar kedai anda lebih dikenali dan di yakini. Tawaran seperti hamper ataupun baucer sangat menarik para pembaca dan penulis blogger yang lain. Sebahgaian penulisan blogger ini akan di kongsikan kepada orang lain dan jenama syarikat anda akan berkembang dengan lebih cepat dan maju. Pertandingan seperti review blog, share post di fb ataupun whatapps kan special code untuk masuk ke cautan bertuah( secara tidak langsung, anda akan dapat no telefon untuk di whatapps iklan-iklan dan promosi di masa hadapan). 

Kerjasama bersama NGO
NGO tidak perlu yang besar-besar. NGO cawangan berdekatan kedai anda atau Persatuan penduduk pun sudah mencukupi. Berikan mereka diskaun khas atau penajaan beberapa barang bagi menarik minat NGO ini mempromosikan kedai runcit anda kepada ahli-ahlinya. Jika anda tidak mampu berikan diskaun untuk semua barang, berikan untuk sebahagian yang dilihat boleh menarik mereka pun sudah mencukupi. 

Diskaun khas bagi pelajar
Berikan diskaun khas bagi pelajar-pelajar kolej, pusat tuisyen ataupun sekolah. Apabila anak-anak datang ingin membeli sesuatu, semestinya para ibubapa sendiri akan datang maka apabila anaknya datang ingin membeli barang lain, ibubapanya mahu beli brang lain maka jualan kedai anda akan meningkat berlipat berkali ganda. Syarat diskaun khas ini mesti di bawa oleh pemegang kad itu sendiri tidak boleh diwakilkan. 

Semoga tip-tip yang di kongsi ini dapat membantu perniagaan kedai runcit di luar sana bagi mengembangkan perniagaan anda. Tip-tip baru akan di kongsikan pada masa hadapan dari semasa ke semasa. Jika anda ada tip-tip lain untuk dikongsikan boleh tinggalkan di komen bawah. Jika anda ingin berbincang lebih lancut boleh hubungi saya. 
Oldest
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROMOTION