Beriklan di Facebook bukan merupakan teknik
baru di gunakan oleh peniaga dalam menarik perhatian pengguna terhadap produk
mereka. Malah Facebook memberi kelebihan kepada pengguna untuk beriklan dengan
kos yang rendah kerana boleh memasarkan produk mereka pada harga percuma. Ramai
peniaga telah mengambil peluang percuma ini bagi meningkatkan keuntungan mereka
tetapi walaupun indah beriklan di facebook tetapi ia tetap membawa satu cabaran
kepada peniaga. Antara cabaran-cabaran yang di hadapi oleh peniaga ialah:
PERLU
DI UPDATE SETIAP HARI
Peniaga perlu update setiap hari engenai
produk mereka. Post mereka mungkin boleh bertahan selamanya di dalam facebook
tetapi tidak akan menarik perhatian pengguna jika tidak di update selalu.
Terutama di dalam group, post peniaga akan senang untuk hilang dalam masa
beberapa jam sahaja kerana terdapat peniaga lain yang akan masuk untuk memasarkan
produk mereka. Post anda akan di tlakkan kan ke bawah lagi-lagi jika tiada
maklum bals aktif seperti komen dan like daripada pembaca. Pengguna facebook
sangat jarang kana like atau berikan komen saja-saja pada post perniagaan ini
maka menjadi cabaran peniaga untuk post produk anda di facebook setiap hari.
SUKAR
MENYASARKAN IKLAN
Selalunya ia sangat sukar untuk menyasarkan
iklan and kepada sesuatu group sahaja. Anda perlu untuk betul-betul meniliti
group facebook yang kena dengan produk anda untuk mengiklannya. Contoh menjual
barang memancing di dalam group iklan sangat sukar mendapat kembali maklum
balas. Anda perlu mengpostkan iklan anda di dalam group-group pancing ikan.
Jika anda post dalam group iklan atau perniagaan, tidak ramai sebenarnya di
dalam group tersebut yang berminat dengan memancing ikan. Ini menyebabkan iklan
anda di lihat hanya membazir masa dan tidak berjaya jika tidak dapat menarik
pengguna terhadap produk anda.
POST
LIMIT OLEH FACEBOOK
Sehari anda di limitkan untuk post beberapa
kali sahaja jika tidak akan dinaggap sebagai spam. Ini antara sebab utama anda
perlu betul-betul menyasarkan pelanggan produk anda. Jika anda lebih, anda akan
kena ban dari posting iklan untuk beberapa hari. Ini perlu elak suaya anda
boleh terus mengiklan produk anda. Jika lama-lama, pengguna akan terpengaruh
dengan iklan anda dan akhirnya membeli produk anda. Elakkan daripada spamming
dan cuba sasarkan produk anda iklan ke group-group yang betul-betul berkaitan
dengan produk anda. Jika anda masih baru, tidak salah untuk spamming ke suma
group tetapi lama-lama, cari group yang betul-betul boleh membawa pelanggan
untuk produk dan perniagaan anda.
PELBAGAI
PERNIAGAAN LAIN CUBA JUAL BERSAMA DI FACEBOOK
Jangan lupa iklan di facebook adalah
percuma. Anda perlu pandai kerana terdapat ramai pesaing perniagaan di dalam
facebook yang beriklan yang secara percuma. Ini menjadi cabaran kepada peniaga
kerana pengguna akan merasa semak dengan pelbagai iklan-iklan ini. Apabila ini
berlaku, pelanggan lama-lama akan mengabaikan iklan yang ada itu dan menjadikan
iklan anda gagal. Cuba elak daripada ini berlaku bagi memastikan iklan anda
berjaya. Cuba cari group-group yang jarang ada iklan-iklan produk dan iklan kan
produk anda di situ. Pastikan penonton iklan anda akan betul-betul terpengaruh
dengan iklan yang anda paparkan.
Ini merupakan sebahagian cabaran apabila
anda beriklan secara percuma di Facebook. Jika anda ada cabaran lain yang anda
hadapai, anda boleh meletakkanya di komen bawah. Jangan lihat cabaran ini
sebagai pematah semangat untuk anda terus beriklan Cari cara untuk mengatasi
cabaran-cabaran ini bagi memastikan iklan anda berjaya dan perniagaan anda
meningkat di masa hadapan. Facebook menawarkan satu platform yang menarik dan
boleh meringankan kos anda untuk memasarkan produk sekaligus membantu pengguna
membeli produk pada harga yang rendah.
ConversionConversion EmoticonEmoticon