Perjalanan dari shah alam ke butterworth
bukan lah laluan yang asing dan sukar untuk sampai. Ada orang akan memilih bas,
kapal terbang, ets ataupun bawa kenderaan sendiri untuk sampai ke destinasi
yang di kehendaki. Bas dan ETS dilihat sering menjadi pilihan utama terutama
bagi pelajar yang perlukan kos yang dapat memenuhi buget mereka. Di sini ingin
saya kongsikan sedikit pembandingan diantara bas dan ETS jika anda berjalan
dari Shah Alam ke Butterworth atau sebaliknya.
Kos
ETS
Bagi warga Shah Alam atau mereka yang
belajar di Shah ALam, untuk menaiki ETS, anda perlu ke KL Sentral menaiki KTM
yang berharga RM 4.00 (Ye dah naik harga sekarang, Saya pun terkejut).
Kemudian, baru anda boleh menaiki ETS yang berharga RM 59 bagi gold class atau
Platinum class- RM 79. Beza Gold Class dengan Platinum ialah Gold Class banyak
berhenti stesen dan lambat sedikit manakala Platinum kurang dan cepat sedikit
sampai Butterworth. Jika di tambhkan semua, jumlah Kos menaiki ETS paling murah
adalah RM 63.
Bas
Untuk menaiki bas, anda perlu ke Perhentian
Bas Sementara Seksyen 13 bersebelahan Stadium Shah Alam. Untuk ke sana anda
boleh menaiki Bas Smart Selangor yang percuma atau Uber dan Teksi. Bagi harga
tiketnya pula antara RM 42 hingga RM 50. JIka anda naiki Bas Smart Selangor
maka jumlah kos anda ke butterorth hanya RM 42 paling murah.
Ketepatan
ETS
ETS sangat menepati masanya. Jarang sama
sekali ETS akan lewat walaupun 1 minit. Jika dalam tiket kata pukul 3 petang
bergerak, pastikan anda sudah berada di sana jam 2.45 paling lewat untuk
pastikan anda menaiki pada masanya. Walaubagaimanapun, saya pernah sekali ETS
dari Batu Gajah ke Shah Alam mengalami kelewatan 40 minit tetapi itu sekali
sahaja dan jarang dengar kes sebegitu berlaku lagi. Saya tidak dapat beri
jaminan apa-apa kerana pernah berlaku pada saya kelewatan ini walaupun sekali.
Walubagaimanapun, ketepatan 4 jam atau kurang ETS sangat boleh dipercayai
kerana ia tidak mengikut trafik kenderaan.
Bas
Siapa tidak kenal kelewatan Bas. Selama
saya menaiki bas, satu jenama bas, Pluslinear sahaja saya percaya yang menepati
masanya. Bas lain teramat jarang sekali saya naiki pada masanya. Ada yang lewat
sehingga lebih 2 jam saya pernah tunggu dan saya minta refund balik dan menaiki
kereta pakcik saya yang kebetulan lalu situ juga. Saya dengar ia lewat sehingga
4 jam hari tu. Waktu sampai sesuatu bas sengat mengikut trafik jalan raya. Jika
anda menaiki waktu puncak seperti perayaan atau cuti sekolah, anda mungkin akan
berada di dalam bas sehingga 6 jam atau lebih tetapi kebiasaannya akan
mengambil masa 4 ke 5 jam perjalanan.
Kekerapan
ETS
ETS mempunyai jadual tersendiri yang
mempunyai kekerapan setiap 20 minit hingga 2 jam jarak. Anda boleh mulai naiki
ETS seawall 7 pg atau selewat 11.27 malam. Kekerapan ETS ini berdasarkan waktu
puncak orang ramai menaikinya.
Bas
Dari Shah Alam ke Butterworth, anda boleh
dapati bas hamper setiap 1 jam dengan syarikat-syarikat yang berlainan. Malah
ada jam yang sama itu di tawarkan oleh beberapa syarikat bas yang berlainan. Anda
pilih sahaja syarikat bas mana anda mahu naiki untuk sampai ke destinasi
Kemudahan
ETS
Antara kemudahan ETS yang saya rasa sangat
bagus adalah kemudahan surau untuk orang islam menunaikan solat. ETS juga
mempunyai tandas sendiri yang membolehkan penumpang ke tandas jika perlu dan
tidak perlu tahan hingga sampai ke R&R terdekat. Selain itu, jika anda
lapar, anda boleh beli di cafeteria dalam ETS tersebut. Pelbagai menu makanan
di sediakan untuk dipilih.
Bas
Bagi saya kemudahan yang bas aada tiada
pada ETS ialah tempat penyimpanan bag. ANda boleh menyimpan bag di bahagian
bawah tanpa memenuhkan kawasn tempat duduk anda. Kadang-kadang kita dari jauh
bawa banyak barang dan perlu kawasan penyimpanan beg yang besar. Tempat letak
beg bas ini menyelesakan lagi perjalanan kita yang mengambil masa sehingga 5
jam perjalanan.
PILIHAN
PENULIS
Bagi saya, saya akan lebih mengesyorkan
menaiki bas untuk ke Butterworth dari Shah ALam. Memandangkan kosnya yang lebih
murah dan senang untuk di ekses dan kekerapan yang banyak. Mungkin satu hari
nanti bas dapat di naikkan taraf servis dan kemudahanya sehingga ada tandas di
dalam bas seperti di mesir. (Ye, bas di mesir ada tandas dalam bas. Bukan tipu.
3 comments
Click here for commentsZaman xde PLUS, bas ekspres malaysia pun ada tandas..zaman 80an
ReplyTq singgah ke blog saya.
ReplySaya lebih prefer ETS walaupun sedikit mahal tetapi lebih selesa dan menjimatkan masa.
ETS punada tempat menyimpan barang dgn mudah tau. if bawa beg bagasi besar2 bleh je simpan dekat rak/ruang hadapan disetiap koc.
spitoutkata.blogspot.com
Betul, bus Express interdistrict pun ad... start 2000 byk dh phase out due to Hygiene issues
ReplyConversionConversion EmoticonEmoticon