BEKERJA KETIKA BELAJAR DI IPT


Dalam melangkah ke zaman IPT, kita di sajikan dengan pelbagai biasiswa dan wang ehsan IPT di berikan oleh badan kebajikan, agensi kerajaan malah parti politik juga. Ada juga di war-warkan hadiah IPT jika mencapai satu GPA yang tinggi. Walaubagaimanapun banyak tawaran ini, bukan semua orang dapat layakkan diri mereka mendapat bantuan ini semua. Bagi meringankan beban pelajar IPT, perlulah di persiap sediakan un tuk mencaridana lain untuk menampung perbelanjaan di IPT yang sangat tinggi.

APA PERLU BUAT
Jika anda seperti saya, anda cari peluang pekerjaan sambilan. Jika tidak mapu pada hari biasa, buat nya pada hari minggu. Cari kerja-kerja sambilan di kedai runcit, pasaraya, pusat tuisyen mahupun di shopping complex. Cari peluang-peluang pekerjaan di tempat-tempat ini untuk menambahkan sedikit wang perbelanjaan harian anda. Jika lebih baik, anda cari di restoren atau kedai-kedai makan segera seperti McDonald atau KFC yang boleh enawarkan anda gaji dan juga makan anda ketika bekerja. Maka hari itu, wang anda tidak akan langsung di gunakan malah anda dapat gunakan wang anda sepenuhnya pada hari kelas anda. 

KENAPA PERLU BEKERJA
Dalam ekonomi yang sukar dan anda pula sudah mula melangkah ke alam kedewasaan, maka ia merupakan tanggungjawab anda untuk cuba sedaya mungkin untuk mula menampung kehidupan seharian anda. Tidak salah untuk anda untuk masih bergantung kepada ibubapa anda tetapi cuba sebanyak mungkin untuk menampuk kehidupan seharian anda. Jika sebuan anda boleh kumpul RM 500 dengan kerja sambilan pun sudah mencukupi untuk menampung kehidupan seharian anda. Jika lebih lagi, lebih baik. Jangan gunakan semua, laburkan wang lebihan itu untuk masa depan anda. Di samping mendapat duit, anda juga mendapat pengalaman bekerja yang sangat berharga dan kemahiran yang sukar untuk anda dapat di dalam kelas. 

DI MANA NAK CARI
Banya tempat malah laman website menawarkan kerja sambilan untuk anda. ANda boleh ke post saya sebelum ini tentang 4 WEBSITE CARI KERJA KOSONG TERBAIK 2016 untuk ke website-website yang menawarkan kerja kosong. Jika tiada yang berdekatan dengan anda, anda boleh ke kedai atau syarikat itu secara terus untuk meminta jawatan kosong. Jumpa dengan pemilik atau pengurus kedai tersebut dan bertanya jika ada jawatan kosong untuk di isi. Jangan segan-senagn atau takut untuk berjumpa, beranikan diri dan pemilik kedai itu mungkin ada jawatan kosong yang boleh anda sertai. 

BAGAIMANA INGIN URUSKAN BEKERJA DAN BELAJAR
Anda pada walanya mungkin merasa jangga sedikit kerana bekerja dan belajar dalam masa yang sama. Jangan pentingkan sangt bekerja iu. Tumpukan apa-apa untuk pelajaran anda tetapi ketika bekerja, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Mungkin anda rasa janggal apada semester 1 untuk bekerja sambil belajar tetapi bila anda sudah masuk semester 2, anda sudah biasa untuk belajar dan tahu masa bila kuiz, ujian dan tugasan di berikan. Susunkan jadual anda dan cari pekerjaan yang boleh anda lakuukan ketika masa terluang anda. Banyak syarikat jika tidak besar, kecil juga memerlukan anda untuk bekerja dengan mereka. Anda guna peluang itu untuk memenuhi masa terluang anda untuk mendapat sedikit wang di samping membantu syarikat anda bekerja menjalakan operasi mereka dengan lebih lancar. Jika anda lapang waktu malam, cari kerja yang boleh anda kerja pada malam dan jika terluang pada hari minggu, kerja pada sabtu ahad. Banyak juga syarikat yang memerlukan anda bekerja pada sesuatu masa tertentu sahaja. Gunakan peluang itu untuk bekerja untuk meringankan beban dan tambah pendapatan anda.

PELABURAN LAIN YANG BOLEH MEMBAWA MANFAAT DI MASA HADAPAN
Jika anda kumpul wang lebih daripada perbelanjaan, jangan cuba untuk berbelanja lebih lagi. Simpan wang itu. Jika lebih baik anda laburkan wang anda di beberapa tabung amanah. Tabaung amanah seperti ASB, ASN dan AS1M sangat berguna untuk anda yang masih awal dan tidak reti bermain dengan risiko perniagaan lagi. Jika anda sudah mula mahir, anda boleh cuba untuk melabur di dalam koperasi dan seterusnya masuk ke syarikat dalam senarai bursa malaysia. Pelaburan ini sangat penting agar ketika anda menghadapi masalah kewangan pada masa hadapan, anda akan mempunyai pelan B untuk menampung kehidupan anda ketika itu. Mungin pada awal jika tidak berani lagi, masukkan RM 10 ke dalam akaun ASB sebulan. Bila sudah mula berani dan kewangan anda sudah stabil, boleh cuba untuk masukkan sehingga RM 1,000 sebulan jika mampu.

Ini sebagai bimbingan untuk anda bekerja ketika belajar. Belajar satu pengalaman yang menyeronokkan tetapi apa-apa pun anda perlu bersiap sedia untuk memasuki alam pekerjaan. Cari sedikit wang utnuk memasuki alam pekerjaan disamping mendapatkan pengalaman bekerja untuk anda tunjukkan pada majikan anda, anda bukan graduan yang tidak tahu apa-apa tentang pekerjaan. Mungkin anda rasa pengalaman anda dapat itu tidak begitu berharga tetapi kemahiran seperti komunikasi, aahan dan prosedur sanagt penting ketika anda memasuki alam pekerjaan.

Previous
Next Post »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROMOTION