5 PERKARA BUAT SEMENTARA TUNGGU RESULT SPM


Dulu selepas selesai SPM, ramai akan bermula berkhidmat di PLKN tetapi kini PLKN sudah dihentikan sementara waktu. Dalam melangkah perjalanan ke alam pengajia yang lebih tinggi, banyak aktiviti dn perkara yang boleh di lakukan oleh lepasan SPM semenstara menunggu result SPM malah ada yang akan menunggu hingga dapat menjejak kan kaki ke zaman IPT atau STPM/STAM. 

BEKERJA
 Ini merupakan perkara yang akan sering di lakukan oleh pelajar lepasan SPM. Mendapat sedikit wang saku dan mencari pengalaman bekerja sangat penting bagi menyipkan diri ke alam pekerjaan yang berbeza dengan alam persekolahan. Selama 11 tahun berada di zaman sekolah, anda mungkin akan tingga hanya 5 ke 6 tahun sahaja lagi ke alam pekerjaan oleh itu pengalaman yang di perolehi sangat penting bagi mengembangkan karier anda di masa hadapan. Walaupun wangnya tidak membawa banyak pulangan tetapi jika ia cukup untuk menampung makan, minum anda seharian sudah mencukupi bagi lepasan SPM yang ingin mencari pengalaman bekerja. Pada mula mungkin susah bagi anda mencari kerja, tetapi tetap berusaha dan jika anda telah mendapat satu pekerjaan, jangan berhenti cuba jenguk-jenguk kerja lain yang mungkin boleh menawarkan gaji yang lebih tinggi.

BELAJAR KEMAHIRAN
Jika anda bekerja, gunakan sebahagian wang itu untuk menyertai kelas-kelas kemahiran seperti komputer, menjahit, bertanam, kepimpinan dan komunikasi. Banyak pusat pendidikan dan training center menwarkan pelbagai kursus dan sijil jangka masa pendek untuk di sertai oleh orang ramai. Lepasan SPM anda akan mempunya masa yang terluang yang banyak oleh itu gunakan peluang ini untuk menambahakan kemahiran anda. Antara tempat anda boleh cuba cari ialah di training center berdekatan rumah anda, kolej komuniti ataupun GiatMARA. Pelbagai kemahiran di sediakan mungkin di lihat tidak penting sekarang tetapi amat berguna apabila anda habis zaman IPT dan ingin mencari perkerjaa. 

LESEN MEMANDU
Gunaan masa terluang anda untuk mendapatkan lesen memandu. Lesen memandu boleh dapat secepat 1 ke 2 bulan jika anda mempunyai wang secukupnya. Jika anda tidak banyak wang, anda boleh kumpul kan sedikit-sedikit dan bayar sekolah memandu secara ansurans. Jika anda telah cukup untuk pergi kursus dan ujian komputer dahulu, lakukan nya dahulu dan kemudian baru ke bengkel hingga ujian JPJ. Lesen ini sangat penting walupun anda melanjutkan pengajian ke IPT atau tidak. Jika anda rasa tidak mahu menggunakan kereta atau motosikal ketika di IPT tetapi ia tetap boleh di gunakan ketika memulakan kerjaya anda. 

SERTAI NGO DAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN
Anda juga boleh menyertai NGO dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bgi mengembangkan networking anda. Anda dapat menambah pengalaman anda bersama dalam organisasi dan jika berpeluang untuk mengasah bakat kepimpinan anda. Ada NGO berdasarkan perkauman, kegamaan, setempat malah bidang minat yang khusus juga. Anda dapat bertukar pendapat dan fikiran selain mengetahui daripada pakar bagaimana menguruskan sesuatu aktiviti mahupun organisasi secara praktikal. NGO sangat berguna ketika anda melanjutkan elajaran ke IPT kerana mereka bukan sahaja dapat menyalurkan dana malah juga kemahiran mereka bagi membantu anda sepanjang perjalanan anda di IPT. 

BERNIAGA
Selepas SPM adalah masa terbaik untuk anda berjinak-jiak dalam perniagaan. Dalam perniagaan anda boleh merasa keuntungan yang banyak atau kegagalan yang dapat di pelajari cara mengatasinya. Ambil masa terluang ini untuk mengetahui cara untuk membangungkan perniagaan dan mengembangkannya. Jangan mengalah jika anda hadapi kegagalan pertama terutama selepas SPM, ambil pengajaran dan perbaiki untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan. Dunia perniagaan sentiasa ada naik dan turun dan jika terus berusaha dan ambil pengajaran untuk setiap kegagalan maka anda akan menjadi lebih hebat di masa hadapan. 
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Unknown
admin
4 January 2021 at 23:48 ×

Workout

Congrats bro Unknown you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROMOTION