3 TEKNIK PEMASARAN KERJASAMA KEDAI RUNCIT DAN HOMESTAY


Sekarang ada banyak homestay wujud malah persaingan semakin sengit. Banyak homestay cuba untuk menambah nilai rumah dengan memnambah kemudahan seperti perabot baru, wifi dan Astro. Penambahan nilai-nilai ini bagus tetapi adalah lebih bagus jika homestay dan kedai runcit setempat dapat mengadakan kerjasama untuk pemasaran bersama. Win-win situation sangat penting untuk pembangunan penduduk setempat daripada kerjasama ini.

DISKAUN BARANG RUNCIT HARIAN
Kedai runcit sewajarnya berikan diskaun malah jika boleh harga borong bagi homestay untuk setiap pembelian barang. Barang harian seperti syampu pek kecil, sabung pek kecil, roti, ubat gigi pek kecil, tisu, kain buruk dan sebgainya. Homestay akan kerap membeli barang-barang ini dan jika kedai runcit sanggup berikan harga borong kepada homestay malah bayaran sebulan sekali sahaja bukan setiap kali ambil barang, ini akan berikan satu pelanggan tetap bagi kedai runcit. Kejujuran dan kepercayaan antara kdai runcit dan pengurusan homestay sanagt penting dalam menjayakan kerjasama ini.

KUPON DISKAUN KEDAI RUNCIT
Selitkan kupon diskaun kedai runcit yang berkerjasama untuk setiap pelanggan. Berikan diskan RM 5 hingga RM 50 kepada pelanggan homestay untuk mereka berbelanja di kedai runcit. Pemberian baucer tunai atau diskaun ini sangat membantu homestay anda untuk tambah nilai kerana pelanggan anda akan dapat menggunakan baucer itu untuk membeli keperluan seharian mereka seperti jam, coklat, berus gigi dan lain-lin. Kerjasama ini menambah nilai homestay anda dan pendapatan kedai runcit berdekatan homestay anda.  

KUPON DISKAUN HOMESTAY
Berikan flyers dan kupon diskaun homestay untuk pembelian melebihi beberapa nilai seperti RM 100 atau RM 150. Jika anda berikan kupon diskaun tanpa apa-apa pembiian minimum, ai tidak membantu perniagaan anda malah penggunaan kupon diskaun homestay juga banyak tidak di gunakan kerana bukan semua orang mampu untuk duduk homestay tersebut. Jika meletakkan minimum, anda dapat tahu sasaran pelanggan anda yang betul-betul berminat untuk dapat kupon diskaun itu di sampin dapat memnambah keuntungan kedai runcit anda.

Ini merupakan sebahagian tekni kerjasama antara homestay dan kedai runcit saya kongsikan bersama anda. Jika anda ada teknik-teknik lain yang ingin dikongsikan, boleh tinggalkan di komen bawah. Perkongsian bersama ini dapat membantu merancakkankan lagi industry kedai runcit dan homestay.
Previous
Next Post »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROMOTION