REALISASIKAN IMPIAN 2017



Selamat Tahun baru kepada semua pembaca blog JY Write. Dalam kita melangkah ke tahun baru 2017, kita bnyak bersiap sedia dengan azam baru untuk menjadi lebih baik daripada tahun sebelum ini. 2016 mungkin kepada sebahagian kita merupakan tahun yang baik manakala ada yang tidak begitu baik tetapi bagaimana pun 2016 bagi anda, kita mesti teruskan usaha ke hadapan untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan. 2017 ini perlu di mulakan dengan ilham dan semangat yang baru. Di sini ingin di kongsikan bagaimana ingin pastikan cita-cita 2017 anda boleh menjadi lebih senang untuk di capai.

BUAT SENARAI CITA-CITA
Langkah pertama dalam merialisasikan impian 2017, anda boleh buat senarai dulu apa yang anda ingin capai. Cita-cita setiap orang berlainan antara yang lain. Ada mungkin cita-cita ingin bercuti ke negara-negara ASEAN (Mungkin ada telah mengintai pun kalender 2017 untuk tengok cuti 2017), ada yang ingin mahu dapat Kereta atau Rumah baru, atau ada yang ingin mahu beri sumbangan RM 1000 ke rumah anak yatim atau surau rumah. Walau bagaimana pun cita-cita anda, senaraikan semua dalam satu kertas. Jika ada lebih tetap tuliskan. Jangan terfikir-fikir apa yang anda ingin kan. 

DETAILSKAN CARA MENCAPAINYA
Sekarang anda perlu detailkan cita-cita anda. Detailkan seperti bila mahu capai cita-cita itu dan apa yang ingin lakukan untuk capai cita-cita itu. Jika ingin membeli kereta baru, bagaimana anda mahu kumpulkan duit deposit, bulan berapa anda mahu ada kereta tersebut, warna apa, brand apa, model apa dan segalanya pasal persediaan anda ingin belikan kereta tersebut. Jangan letakkan cita-cita anda terlalu umum kerana anda akan cuba ambil yang paling senang untuk capai selepas itu bila lihat cita-cita itu seperti susah. Bila anda tetapkan dengan details, walaupun anda tidak capai pada hujung tahun 2017, sekurang-kurangnya anda boleh dapat pilihan kedua yang tetap terbaik bagi anda. 

TAMPAL CITA-CITA DI KAWASAN KITA SELALU BERADA
Tampal di semua tempat anda akan berada. Di bilik tidur, tempat kerja, dalam kerata dan telefon anda. Apabila anda setiap hari lihat cita-cita anda, anda akan lebih emangat untuk mencapainya. Dia akan manjadi sebahagian mindset anda dan semangat anda bagi mencapainya lebih berkobar-kobar. Anda akan juga pastikan walaupun susah bagimana hari anda, anda akan cari jalan lain bagi mencapai cita-cita anda itu. Jika boleh sehari itu anda boleh lihat senarai cita-cita 2017 anda setiap 1 jam agar motivasi anda sentiasa ada bagi mencapai cita-cita ada itu.

BERI TAHU KELUARGA DAN RAKAN
Jangan takut untuk ber tahu pada mereka yang rapat dengan anda untuk capai cita-cita 2017 itu. Keluarga dan rakan-rakan anda akan membantu anda setahun ini untuk mengingatkan anda untuk terus maju kehadapan untuk mencapai cita-cita anda. Walaupun ada yang lain akan cuba menurunkan semangat anda tetapi ambil perspektif yang berbeza di mana anda ambil penurunan semangat oleh rakan anda sebagai cabaran dan ingin terus maju kehadapan. Ambil cabaran ini untuk terus maju kehadapan dan bersemangat. 

JANGAN MENYERAH KALAH
Jangan sama sekali serah kalah. Terus berusaha untuk capai cita 2017 anda. Walaupun berliku-liku jalan tersebut tetapi ambilnya sebagai cabaran untuk terus maju ke hadapan. Ada yang aan menurunkan semangat anda malah akan lihat anda mencapai cita-cita 2017 itu sebagai mustahil dengan alasan peribadi mahupun ekonomi tetapi jika anda percaya anda mampu capai cita-cita 2017 ini, maka teruskan berusaha dan jangan dengar kata-kata mereka. Teruskan usaha kerana lebih susah perjalanan capai cita-cita 2017 itu, lebih manis kejayaan anda capai cita-cita 2017 ini.

DOA DAN TAWAKAL
Akhir sekali, doa dan tawakal dengan usaha supaya mendapat ganjaran dengan setimpal dengan usaha yang telah dilakukan. Jangan berhenti percaya bahawa Allah akan berikan kembali ganjaran yang setmpal dengan usaha kita lakukan. Walaupun anda agama bukan Islam, tetapi percaya tuahan anda akan berikan ganjaran yang setimpal usaha anda. Mungkin bukan 2017 untuk anda capai cita-cita anda, mungkin pada tahun berikut adalah rezeki anda akan dapat. Terus berusaha dan percaya Allah akan balas ganjaran yang setimpal. 
Previous
Next Post »

3 comments

Click here for comments
2 January 2017 at 05:30 ×

terima kasih artikelnya. Setuju kalau resolusi ingin terwujud sebaiknya memang dishare dengan keluarga. agar ada dorongan untuk mewujudkannya. SUkses selalu. DUniaBiza

Reply
avatar
andi nugraha
admin
2 January 2017 at 09:15 ×

Setuju dengan artikel ini. Memang perlu diceritakan ke keluarga juga, agar ketika kita menyerat dan hampir putus ada, selalu ada yang menyemangati dan mendoakan :)

Btw, salam kenal yah :)

Reply
avatar
Raya Mipi
admin
13 January 2017 at 06:17 ×

Yang terakhir setuju banget.
Doa dan tawakal, plus usaha.. 😀

Dilihat dari tulisannya, kayaknya pemilik blog ini org Malaisya ya?
Sekedar tebakan sih.. 😃

#SalamKunjunganBalik

Reply
avatar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROMOTION